Search Result

Show:
Sort By:
Syarah Ushul I'tiqad

Kitab ini tergolong kitab yang paling penting dalam masalah akidah di sisi ahlu sunnah wal jama’ah. Kitab yang memuat 2832 sanad antara hadis dan atsar, semua berbicara tentang permasalahan akidah. Kitab ini tergolong sebagai mustakhraj yang memuat sanad yang menyampaikan kepada orang yang mengucapkannya, dengan jalan yang berbeda dari kitab shahih maupun sunan. Sehingga, kitab ini sangat berfaedah pada masalah haditsiyah (segala sesuatu yang berhubungan dengan ilmu hadis).

RM760.00

- +
Fiqih Imam Syafi'i

Salah satu rujukan bagi memahami gabungan aliran hukum Islam menerusi madrasah al-hadith dan madrasah ar-ra’yi, adalah dengan mengkaji fiqh Imam asy-Syafi’i yang terkenal sebagai penyusun terawal kepada ilmu usul fiqh. Kitab kontemporari yang membahaskan fiqh mazhab Syafi'i ini disusun oleh Prof Dr Wahbah Zuhaili rahimahullah, tokoh pengkaji fiqh mazhab yang tidak asing lagi di alam keilmuan Islam seluruh dunia. Kitab ini sangat dianjurkan buat para penuntut ilmu dalam mendalami pendalilan dalam permasalahan fiqh mazhab namun tetap didasari nas-nas syara’ yang tepat dan sahih. Karya: Prof. Dr. Wahbah Zuhaili

3 Jilid

RM270.00

- +
Ar-Risalah

Buku ini merupakan karya perintis kepada ilmu usul fiqh yang ditulis oleh imam mazhab yang diakui jasa dan keilmuannya sepanjang zaman, iaitulah Imam asy-Syafi'i rahimahullah yang menjadi rujukan ulama' selepasnya dalam menyusun karya-karya mereka. Beliau memperkenalkan kaedah dalam mengeluarkan hukum (istinbat) berlandaskan kepada KItabullah dan as-Sunnah Nabawiyyah dan bagaimana peranannya dalam membina sesebuah kaedah dan hukum fiqh. Kitab ini wajar dimiliki sebagai rujukan dalam melihat bagaimanakah keilmuan dan keikhlasan tokoh pendiri mazhab Syafi'i ini meninggalkan legasi keilmuan yang terus menerus dimanfaatkan umat Islam sehinggalah ke saat ini.

RM68.00

- +
Istilah Fiqh & Usul : 4 Mazhab

Istilah-Istilah Fiqh dan Usul: Empat Mazhab Penulis: Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri Terbitan: JAKIM Harga: RM35.00

 

RM35.00

- +
Adakah Kawanku Syiah

Adakah Kawanku Syiah?

Dia kutuk Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidatina Aisyah..

Dia puji Saidina Ali melambung-lambung.

Macam Saidina Ali lagi besar daripada Nabi Muhammad s.a.w...

Dia kata imam-imam tahu benda ghaib.Semua benda yang ada di langit

dan di bumi dalam ilmu imam-imam...

Dia menolak hadith-hadith Bukhari dan Muslim.

Katanya itu bukan hadith sahih pun...

Dia sungguh-sungguh cerita pasal Al-Mahdi.

Sampai bila kita dengar,ada benda bunyi macam pelik sahaja..

Dia ini nampaknya sembahyang tiga waktu sahaja..

Dia jadi begini sebab dia ini syiah?

RM25.00

- +
HAMAS dan Briged Al-Qassam

Ketahui:

  • Benakah Iraq di sebalik HAMAS?
  • Kenapa perlu boikot? Sampai bila perlu boikot?
  • Hubungan Malaysia dengan Israel?
  • ISIS sama dengan HAMAS?
  • Bolehkah setiap rakyat Palestin menjadi komando Briged Al-Qassam?
  • Berjayakah gencatan senjata?
  • Yahudi itu Zionis?

Dan banyak lagi maklumat berkaitan HAMAS, Briged Al-Qassam, dan Palestin dalam buku ini

RM20.00

- +
Apa itu Ilmu Hadis?

Kita selalu mendengar orang menyampaikan hadis Nabi Muhammad. Kita biasa mendengar Rasulullah berkata begini, begitu dan sebagainya. Hampir setiap amalan disandarkan kepada Nabi Muhammad. Namun, adakah benarkah Nabi Muhammad berkata demikian? Buku Apa itu Ilmu Hadis? menerangkan cabang ilmu hadis yang perlu dipelajari bagi memahami konsep hadis sahih, hadis hasan, hadis daif dan sebagainya. Turut dimuatkan carta, susur galur pelapor hadis yang bersambung daripada Nabi Muhammad hingga kepada perekod sekarang.

RM10.00

- +
Yahudi, Kristian, Hindu, dan Buddha Berasal Daripada Islam?

Ada beberapa perkara yang menjadi persoalan:
 
  • Mengapa dalam agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. terdapat kisah-kisah nabi terdahulu? Apa kaitan Baginda dengan nabi-nabi terdahulu?

  • Nabi Muhammad s.a.w. adalah berbangsa Arab, namun kenapa Al-Quran harus bercakap mengenai bangsa lain terutama sekali bangsa Yahudi?

  • Mengapa Al-Quran mengakui kitab-kitab terdahulu, malah terdapat banyak persamaan hukum di dalamnya?

  • Bagaimana Nabi Muhammad s.a.w. tahu mengenai kisah para nabi bangsa Yahudi, sedangkan dalam sejarah hidup Baginda tidak pernah belajar mengenai agama Yahudi dan tidak pernah membaca Taurat dan Injil?

RM25.00

- +
Tafsir Surah Al-Fatihah dan Juzuk 1

Tafsir Surah Al-Fatihah dan Juzuk 1 adalah sebahagian daripada Tafsir Al-Azhar. Ia adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara iaitu Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah ataupun lebih dikenali sebagai HAMKA. HAMKA menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini antaranya adalah metode tahlili (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, Tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi'in, dan tafsir Al-Quran dengan tafsir muktabar yang lain. Di samping itu, beliau juga mentafsirkan Al-Quran dengan menggunakan syair dan menganalisis dengan kemampuan sendiri melalui pendekatan meraikan kepebagaian mazhab. 

RM25.00

- +
© 2020 Darulkitab is wholly owned by DKBooks Resources. All Rights Reserved. Designed By Abu Nu'man

My Cart