Search Result

Show:
Sort By:
Tafsir Al-Azhar: Tafsir Surah Al-Kahfi dan Juzuk 15

Tafsir Surah Al-Kahfi dan juzuk 15 adalah sebahagian daripada Tafsir Al-Azhar.

Ia adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara iaitu Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah ataupun lebih dikenali sebagai HAMKA.

HAMKA menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini antaranya adalah metode tahlili (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, Tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi'in, dan tafsir Al-Quran dengan tafsir muktabar yang lain.

Di samping itu, beliau juga mentafsirkan Al-Quran dengan menggunakan syair dan menganalisis dengan kemampuan sendiri melalui pendekatan meraikan kepebagaian mazhab. 

Tafsir Surah Al-Kahfi dan juzuk 15 ini menumpukan kepada perbincangan HAMKA mengenai Surah Al-Kahfi dan surah lain dalam juzuk 15.

Kelebihan pentafsiran Al-Quran oleh HAMKA kerana beliau menitikberatkan penjelasan ayat-ayat Al-Quran dengan ungkapan yang teliti, menjelaskan makna-makna yang dimaksudkan dengan bahasa yang indah dan menarik serta menghubungkan ayat dengan realiti sosiobudaya masyarakat nusantara. Ia turut diperkaya dengan pendekatan sejarah, sosiologi, tasawuf, ilmu kalam, sastera dan psikologi

RM25.00

- +
Tafsir Al-Azhar: Tafsir Al-Mulk Dan Juzuk 29

Tafsir Surah Al-Mulk dan juzuk 29 adalah sebahagian daripada Tafsir Al-Azhar. Ia adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara iaitu Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah ataupun lebih dikenali sebagai HAMKA. HAMKA menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini antaranya adalah metode tahlili (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, Tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi’in, dan tafsir Al-Quran dengan tafsir muktabar yang lain. Di samping itu, beliau juga mentafsirkan Al-Quran dengan menggunakan syair dan menganalisis dengan kemampuan sendiri melalui pendekatan meraikan kepebagaian mazhab. Tafsir Surah Al-Mulk dan juzuk 29 ini menumpukan kepada perbincangan HAMKA mengenai Surah Al-Mulk dan surah lain dalam juzuk 29. Kelebihan pentafsiran Al-Quran oleh HAMKA kerana beliau menitikberatkan penjelasan ayat-ayat Al-Quran dengan ungkapan yang teliti, menjelaskan makna-makna yang dimaksudkan dengan bahasa yang indah dan menarik serta menghubungkan ayat dengan realiti sosiobudaya masyarakat nusantara. Ia turut diperkaya dengan pendekatan sejarah, sosiologi, tasawuf, ilmu kalam, sastera dan psikologi.

RM25.00

- +
Asbabun Nuzul

Memahami peristiwa, memandu pentafsiran. Buku Asbabun Nuzul,Sebab-Sebab Turunnya Ayat al-Quran ini menghuraikan sejarah dan sebab di sebalik peristiwa turunnya wahyu kepada Rasulullah SAW berdasarkan hujah dan dalil yang sahih. Buku ini dapat membantu orang awam memahami makna-makna al-Quran dengan lebih mudah dan jelas.

RM65.00

- +
Tafsir Surah Al-Anbiyaa' dan Juzuk 17

Surah Al-Anbiyaa’ yang bererti nabi-nabi diturunkan di Makkah, diturunkan sesudah Surah Ibrahim. Dari tuntunan yang berkali-kali telah kita terima, soal-soal pokok yang jadi isi dari surah-surah Makiyyah ialah soal aqidah. Jika disimpulkan pula aqidah itu terhimpunlah dia kepada tiga. Pertama, tauhid, iaitu pokok kepercayaan tentang keesaan Allah.

Kedua, Ar-Risalah, iaitu bahawa Allah mengutusmanusia-manusia yang dipilih-Nya sendiri buat menyampaikan wahyu yang berisi bimbingan dan pimpinan untuk manusia dalam menempuh hidup. Ketiga, al-Ba’ats, iaitu kepercayaan bahawa di belakang hidup yang kita lalui sekarang ini akan ada lagi kebangkitan untuk hidup yang kedua kali.

RM25.00

- +
HAMKA: Ulama, Pemimpin, Sasterawan

Hamka atau nama sebenarnya Abdul Malik bin Karim Amrullah lahir pada 16 Februari 1908 di Ranah Minangkabau, Sumatera Barat, meninggal dunia di Jakarta pada 24 July 1981 dikebumikan di TPU Tanah Kusir Jakarta. Beliau meninggalkan 10 orang anak, 7 lelaki dan 3 perempuan.

RM0.00

- +
Tafsir Mini Surah Al-Qadr

  • Menerangkan dengan lebih mendalam tentang surah al- Qadr sehingga anak-anak boleh memahami dan mentadabbur setiap ayat.
  • Membantu ibu bapa dan para pendidik memupuk rasa gembira dalam diri anak-anak sewaktu dan mentadabbur kitab suci al-Quran
  • Disertai ilustrasi serta aktiviti menarik bagi membantu mengekalkan minat dan memeudahkan pemahaman setiap ayat suci Al-Quran.
  • Sesuai digunakan oleh ibu bapa dan pendidik untuk menggalakkan kominikasi berkesan dengan anak-anak melalui penceritaan bagi mewujudkan suasana pembelajaran aktif dan menyeronokkan sama ada di rumah atau pusat pendidikan awal kanak-kana

RM12.00

- +
Al-Quran Al-Karim Multazam

Menampilkan keistimewaan khat atau tulisan yang lebih besar dan selesa untuk dibaca.

RM70.00

Menjadi Ulul Albab

Adakah kita tahu siapakah sebenarnya Ulul Albab? Ulul Albab adalah mereka yang mempunyai akal yang sempurna dan bersih.

RM11.00

- +
Apabila Tuhan Berbicara

Al-Quran adalah kitab Allah yang menjadi panduan hidup manusia sehingga hari kiamat. Panduan Al-Quran datang dalam bentuk mentah dan perlu diproses bagi memastikan isi berguna bagi membimbing manusia. Demi memudahkan pemahaman Al-Quran, para ulama sejak zaman dahulu sudah berusaha dengan sepenuh jiwa menyusun pelbagai ilmu berguna sebagai alat bagi merungkaikan kandungan Al-Quran.

RM23.00

- +
Ustaz, Apa Hukumnya Ibadah

Agama adalah kefahaman, setiap orang Islam wajib mengetahui apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dalam agama. Maksudnya dalam Islam ada halal ada haram, ada sunat dan harus, dan ada makruh. Untuk mengetahui semua itu, seorang Muslim wajib menuntut ilmu supaya dia tahu apa yang dia buat

RM18.00

- +
© 2020 Darulkitab is wholly owned by DKBooks Resources. All Rights Reserved. Designed By Abu Nu'man

My Cart