Search Result

Show:
Sort By:
Al-Lu'Lu' Wal Marjan

AL-LU'LU' WAL MARJAN; Mutiara Hadits Sahih Bukhari dan Muslim
Susunan: Muhammad Fuad Abdul Baqi

Kitab ini adalah merupakan karya Muhammad Fuad Abdul Baqi rahimahullah yang memuatkan hadith-hadith yang disepakati darjat kesahihannya di sisi Imam al-Bukhari dan Imam Muslim di dalam kitab Sahih masing-masing, iaitu hadith-hadith yang disebut sebagai 'muttafaqun 'alayh' menurut istilah ilmu hadith. Mengandungi hampir 2000 hadith yang disusun dalam 54 bab, edisi terjemahan ini turut disertakan catatan ringkas yang bermanfaat terhadap beberapa hadith, dan turut memaparkan biografi ringkas Imam Bukhari dan Imam Muslim, biografi 7 perawi hadis terbanyak di kalangan sahabat, pengenalan ringkas ilmu hadis dan indeks bagi memudahkan pencarian hadis.

RM94.00

- +
Manasik Haji & Umrah

Buku Panduan Manasik Haji & Umrah, menjelaskan petunjuk praktiss manasik haji dan umrah disertai dengan doa-doa dari Alquran dan Assunnah.

Daftar Isi:

  • Nasihat Untuk Jamaah Haji dan Umrah
  • Pendahuluan
  • Miqat
  • Tata Cara Umrah Singkat dan Praktis
  • Tidak Mengerjakan Umrah Berulang-ulang Dalam Satu Perjalanan Ke Makkah
  • Adakah Thawaf Wada’ Pada Umrah Biasa
  • Amalan Yang Memiliki Keutamaan
  • Macam Haji
  • Ringkasan Amalan Haji Tamattu’
  • Ziarah Ke Kota Madinah
  • Seputar Bid’ah, Serta Kekeliruan Haji, Umrah dan Ziarah
  • Sunnah Ketika Mendengar Adzan
  • Shalat Jenazah
  • Dzikir Setelah Shalat Fardhu
  • Dzikir Pagi dan Petang

RM36.00

- +
Siyar A'lam an-Nubala'

RINGKASAN SIYAR A'LAM AN-NUBALA
Karya: Imam adz-Dzahabi
Susunan: Dr Muhammad Hasan Aqil Musa asy-Syarif

Kitab Siyar A'lam an-Nubala', sebuah kitab klasik mahsyur karya Imam adz-Dzahabi yang tidak asing lagi di kalangan ahli hadith mahupun ahli sejarah, kerana keluasan perbahasan pengarang yang tidak hanya terhad kepada perbahasan biografi para ulama' hadith sahaja, tetapi meliputi tokoh-tokoh yang berada di sepanjang perjalanan masa yang pernah mencorakkan warna sejarah umat Islam. Ringkasan kitab ini yang memaparkan hampir 1000 tokoh dari kitab asal ini sedikit sebanyak dapat membawa pembaca menjelajah dari satu zaman ke zaman yang lain, mendekati mereka melalui penelitian pengarang, rahimahullah.

RM360.00

- +
Ringkasan Tafsir Ibn Kathir

RINGKASAN TAFSIR IBNU KATSIR
Karya: Muhammad Nasib ar-Rifa'i

Tafsir Ibnu Katsir, sebuah kitab tafsir al-Qur'an yang diiktiraf seluruh kaum muslimin ini ditulis berdasarkan pendekatan yang paling tepat dalam penafsiran Kitab Allah yang sangat agung ini. Ayat demi ayat difahami dengan merujuk kepada ayat lain yang menjelaskan lagi maksud sesuatu ayat, diikuti rujukan terhadap sumber hadis-hadis nabawi dan atsar para sahabat. Himpunan riwayat demi riwayat idi dalam kitab tafsir ini amat bermanfaat khususnya oleh mereka yang sudah sedia mendalami ilmu al-Qur'an dan tafsir, namun ia belum tentu dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi mereka yang masih di peringkat asas dalam memahami ilmu agama ini.

 

RM440.00

- +
Jami' Shahih Al-Adzkar

Dzikir merupakan ibadah hati dan lisan, yang tidak mengenal batasan waktu. Bahkan Allah menyifati ulil albab, adalah mereka yang senantiasa menyebutkan Rabnya, baik dalam keadaaan berdiri, duduk bahkan juga berbaring. Oleh kerana dzikir bukan hanya ibadah yang bersifat lisaniyah, namun juga qalbiyah. 

Dzikir ibarat nutrisi bagi hati setiap mumin, jika dilupakan hati akan menjadi hampa dan sunyi, bahkan diibaratkan seorang yang tidak berdzikir seperti orang yang mati. Hal ini sebagaimana disebutkan dalam sabda Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam, Perumpamaan orang yang berdzikir kepada Allah dan orang yang tidak berdzikir adalah seperti orang yang hidup dan mati. (HR. Al-Bukhari)

RM52.00

- +
Silsilah Hadith Sahih

Ini merupakan ringkasan kepada kitab berjudul 'Silsilatul Ahadith ash-Shahihah' yang disusun oleh Sheikh al-Albani rahimahullah, yang menghimpunkan hadis-hadis sahih merangkumi tema aqidah, ibadat dan akhlak. Ringkasan yang diusahakan oleh Sheikh Masyhur Hasan ini tetap memuatkan keseluruhan hadis yang terdapat dari kitab asal melainkan hadis yang berulang, menjadikan ia berjumlah sekitar 3700 hadis. Beliau juga tidak memuatkan sanad hadis yang panjang bagi memudahkan rujukan dan pembacaan, namun tetap mengekalkan susunan bab oleh penyusun asal kitab. Usaha ini diharapkan dapat meluaskan lagi rujukan umat Islam dalam mengikuti tradisi kitab-kitab sahih yang agung seumpama Sahih al-Bukhari dan Muslim.

RM220.00

- +
Mukhtasar Zadul Maad

Buku ini adalah karya monumental yang dituliskan oleh seorang mujaddid abad 12H. Buku ini merupakan ringkasan dari buku aslinya yang terdiri dari enam jilid. Ianya merupakan rujukan umat Islam. Namun keenam-enam jilid buku tersebut cukup berat untuk difahami bagi orang awam, tetapi sebaliknya ianya sesuai bagi mereka yang ingin mendalami ilmu agama. Bagi kebanyakan umat Islam, terutama di zaman sekarang, segala-galanya mestinya dalam kemudahan. Oleh itu buku Ringkasan Zadul Ma'ad ini adalah kemudahan bagi umat untuk memahaminya.

RM46.00

- +
Aqidah Tahawiyyah

Kitab ‘Aqīdah al-Ṭaḥāwiyyah ini adalah sebuah kitab matan akidah Ahl al-Sunnah wa al-Jamā‘ah yang dikarang oleh Imām Abū Ja‘far al-Ṭaḥāwī rahimahullāh dan disertakan dengan syarahan serta ulasan oleh Syaikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī rahimahullāh. Ini merupakan kitab permulaan yang sangat baik bagi mereka yang ingin mendalami akidah Ahl al-Sunnah wa al-Jamā‘ah.

RM45.00

- +
Ringkasan Al-Umm

Imam Syafi’i adalah orang pertama yang memunculkan gagasan serta ide cemerlang untuk menuliskan kaidah mengenai hukum Islam yang dituangkan secara sistematis ke dalam sebuah karya tulis yang diberi judul al-Umm.

RM250.00

- +
© 2020 Darulkitab is wholly owned by DKBooks Resources. All Rights Reserved. Designed By Abu Nu'man

My Cart