Search Result

Show:
Sort By:
How to Talk So Kids Can Learn at Home and in School

Buku ini berkongsi pelbagai kaedah bagi menggalakkan kanak-kanak untuk percaya kepada diri sendiri dan bagi menjadi diri yang mereka mahukan

RM30.00

- +
Indahnya Hidup Bersyariat

Isi buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih. Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah.

RM45.00

- +
Umar Mukhtar - Singa Padang Pasir

Pada ketika Itali mahu mengembalikan era kegemilangan Empayar Rom, Libya menjadi antara sasaran mereka bagi meluaskan kuasa. Selepas berjaya menghalau tentera Empayar Uthmaniyah daripada Libya, Itali mendabik dada sebagai penjajah. Tetapi kegembiraan Itali tidak lama, kerana di Libya muncul seorang pejuang yang digeruni, pejuang yang mendapat gelaran Singa Padang Pasir, iaitu Umar Mukhtar.

RM24.00

- +
HAMKA: Ulama, Pemimpin, Sasterawan

Hamka atau nama sebenarnya Abdul Malik bin Karim Amrullah lahir pada 16 Februari 1908 di Ranah Minangkabau, Sumatera Barat, meninggal dunia di Jakarta pada 24 July 1981 dikebumikan di TPU Tanah Kusir Jakarta. Beliau meninggalkan 10 orang anak, 7 lelaki dan 3 perempuan.

RM0.00

- +
Tafsir Mini Surah Al-Fatihah

• Buku ini memberikan penerangan yang mendalam tentang surah al- Fatihah dengan gaya bahasa yang mudah, sesuai untuk anak-anak.

• Disertai ilustrasi serta aktiviti menarik bagi membantu mengekalkan minat dam memudahkan pemahaman anakanak tentang setiap ayat suci al-Quran.

• Amat sesuai digunakan oleh ibu bapa dan pendidik untuk menggalakkan komunikasi berkesan dengan anak-anak seperti melalui penceritaan, soalan uji minda dan sebagainya

RM12.00

- +
Strong Mothers Strong Sons

Para pemuda pada hari ini banyak mengalami keadaan yang disebut sebagai ‘krisis budak lelaki’. Seperti yang ditulis oleh ahli psikologi dan penulis, Dr. James Dobson dalam buku beliau bertajuk Bringing Up Boys, “Anak lelaki, jika dibandingkan dengan anak perempuan adalah enam kali lebih cenderung mempunyai masalah pembelajaran, tiga kali ganda lebih besar kemungkinan menjadi penagih dadah, dan empat kali lebih kebarangkalian mengalami gangguan emosi…. “

RM37.00

- +
101 Info Seronoknya Berpuasa

Apakah pengertian puasa yang sebenarnya? Adakah puasa dimaksudkan dengan menahan lapar dan dahaga semata-mata?

RM9.50

- +
Muhammad

Judul: Muhammad SAW: Insan Paling Sempurna Pernah Dilahirkan
Penulis: Dr. Kamilin Jamilin
Penerbit: Karya PiS Sdn. Bhd.
ISBN: 978-967-17074-7-x
 Muka Surat: 240m/s (Soft Cover)
 
Alhamdulillah syukur, pada penghujung Ramadan yang mulia ni, 'anak' sulung tahun 2020 yang dinanti terbit jua. Baru lahir semalam dan lebih 1700 naskah telah ditempah alhamdulillah.
Buku ini digarap dari sentuhan hati penulis melalui hadis-hadis yang disertakan status dan sumbernya. Ia sebenarnya sangat sesuai untuk dibaca semua atau dihadiahkan kepada sesiapa, sebab isi kandungannya yang berkaitan idola teragung dan kekasih tercinta kita umat Islam. Tujuan saya menghasilkan buku ini pun semata-mata demi menarik ramai orang Islam dan bukan Islam dari pelbagai lapisan usia untuk lebih mengenali baginda SAW. Jadi buku ini sangat-sangat dekat di hati saya. ~ Dr. Kamilin Jamilin
 
 
 

RM38.00

- +
© 2020 Darulkitab is wholly owned by DKBooks Resources. All Rights Reserved. Designed By Abu Nu'man

My Cart