Search Result

Show:
Sort By:
Hanya Untukmu Anakku

Pengarang: Ibnu Qayyim al-Jauziyyah
Penerbit: Pustaka Imam asy-Syafi'i

(Terjemahan kitab Tuhfah al-Maudud bi Ahkam al-Maulud, karya Imam Ibn al-Qayyim)
 

RM75.00

60 Nasihat Didik Anak

Mengajar anak bermula sejak mereka lahir di dalam kehidupan ini. Diperintahkan kepada kedua ibubapa untuk memperdengarkan kepada bayinya kalimat yang boleh mengusir syaitan daripada dirinya atau kalimat yang baik. Di dalam hadis sahih, diriwayatkan daripada Abu Rafi’ bahawa Nabi SAW mengumandangkan azan pada telinga Hasan Bin Ali semasa lahir. Kalimat azan dianggap sebagai kalimat terbaik yang patut didengar oleh telinga bayi. Oleh sebab itu, disarankan buat pertama kali dan sebelum segalanya agar diperdengarkan kepadanya kalimat zikir yang dapat mengusir syaitan.

RM22.00

Dosa yang tak Ditakuti

Rasulullah sentiasa memberi peringatan kepada umatnya untuk menjauhi perbuatan dosa dan kemaksiatan sama ada dosa besar mahupun kecil. Rasulullah juga menjelaskan hakikat dosa. Fahami dengan saksama sabda Rasulullah, Kebajikan itu adalah budi pekerti yang baik dan dosa itu adalah segala sesuatu yang menggelisahkan perasaanmu serta yang kamu tidak suka apabila dilihat orang lain. (HR Muslim: 2553)

RM22.00

Adabul Mufrad

Rasulullah SAW diutus Allah SWT kepada seluruh umat manusia untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Kehadirannya di tengah-tengah mereka sentiasa membawa contoh terbaik untuk diteladani. Bagi Rasulullah, bangun dan tidurnya, diam dan bicaranya, serta senyum dan marahnya semuanya menyiratkan pelajaran mendalam yang bertabur aroma wangi kemuliaan.

RM60.00

Kisah Palsu Tetapi Mashyur

Kisah ini bukan sekadar penyedap bicara. Jikalau benarnya tiada, maka dongeng nilainya lantas hilang hikmahnya. Jikalau kebetulan betulpun dianggap salah, apatah lagi yang tidak benar terutama berkaitan manusia.

RM20.00

Sahih Sirah Nabawiah

Kitab Sirah karangan Dr. Akram Dhiya' Al Umuri ini ialah Sirah Nabawiyyah, rakaman nyata tentang perjalanan hidup sayyidul basyar (penghulu manusia), Rasul Rabbul 'ibaad (utusan Allah), iaitu Muhammad -Sholallahu Alaihi Wassalam- yang telah dipilih Allah swt sebagai pengembang risalah ilahiah terakhir, yang kekal untuk selama-lamanya. Tujuannya tidak lain tidak bukan adalah untuk memberikan kunci-kunci kebahagiaan kepada ummat manusia dan menempatkan mereka pada darjat yang tinggi. 

RM97.00

Al Rahiq Al Makhtum

Al Rahiq Al Makhtum : Sirah Nabawiyyah ini diibaratkan sebagai sebuah biografi Nabi Muhammad SAW yang komperehensif. Naskah ini memaparkan kisah perjalanan idup Rasul terakhir utusan Allah SWT serta tanggunjawab Baginda menyampaikan dakwah islamiah di mua bumi ini. Perjuangan Baginda penuh berliku, perjalanan hidup Baginda penuh dengan suka duka, kepayahan serta keperitan yang mungkin tidak tertanggung oleh manusia lain. Namun ajaran tauhid dan akida yang baginda sampaikan telah mencapai kejayaan yang gemilang seperti mana kehendak Allah SWT.

RM65.00

How To Talk So Kids Will Listen

Memiliki anak-anak yang comel memang satu anugerah. Namun mendidik mereka bukan calang-calang cabarannya. Tambahan pula apabila anak-anak sudah mula petah bercakap dan sudah bijak berfikir. Sekiranya ibu bapa tersalah langkah dalam mendidik anak-anak, pendekatan negatif seperti menghukum, memukul, menengking, dan sebagainya akan dianggap sebagai pendekatan yang efektif.

Menerusi buku How To Talk So Kids Will Listen & Listen So Kids Will Talk Edisi Bahasa Melayu ini, ibu bapa akan lebih memahami kaedah yang betul tentang cara mendidik dan mendisiplinkan anak seperti :

  1. Membantu Anak Mengendalikan Perasaan Mereka
  2. Mewujudkan Kerjasama
  3. Alternatif Selain Hukuman
  4. Galakan Berdikari
  5. Pujian
  6. Bebaskan Anak Daripada Memainkan Peranan
  7. Menggabungkan Semuanya Bersama
     

Anak-anak ibarat kain putih, sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab mencorakkan kehidupan mereka, ambil masa dan sentiasa berikan usaha terbaik dalam mendidik supaya mereka tidak membesar dengan sia-sia.

RM25.00

365 Tip Didik Anak Gaya Nabi

Keistimewaan Buku Ini:

- Dalil daripada Al-Quran, hadith, dan pendapat ulama.
- Bertemakan '1 hari 1 tip', disertakan 365 Tip Jom Amal legkap sebagai bimbingan ibu bapa untuk setahun.
- Setiap topik dinyatakan kelebihan dan tujuan pelaksanaannya.
- Contoh cadangan aktiviti yang boleh dilakukan oleh ibu bapa bersama anak-anak.

RM23.00

Urus Rumah With Hani

Ramai antara kita yang tidak gemar mengemas rumah kerana terlalu banyak barang yang perlu diurus. Tetapi sebilangan daripada kita tidak dapat berhenti membeli barang baru. Melihat kepada keadaan ini, Dr. Hani Mynis mencurahkan segala ilmu pengurusan rumah yang diambil daripada pengalamannya sendiri dan tunjuk ajar orang tuanya.

Beliau menyatakan, sekiranya kita mengetahui teknik pengurusan rumah yang efektif dan sistematik, kerja-kerja mengurus rumah tidak menjadi suatu tekanan dan perkara yang memenatkan.

RM25.00

Hubungi Kami

Hubungi Kami
+6013-952 6200 | sales(a)darulkitab.com.my
2017-2020 © Darulkitab.com.my. Hak Cipta Terpelihara. Dimiliki oleh DKbooks Enterprise ( CA0280012-V)