Search Result

Show:
Sort By:
Jin dan Syaitan

Salah satu asas akidah Islam adalah beriman (meyakini) adanya perkara-perkara ghaib. Malaikat, jin dan syaitan juga merupakan makhluk Allah yang dikategorikan dalam perkara-perkara ghaib. Perkara-perkara di sini bukan saja-saja direka cerita atau kisahnya. Ia adalah sesuatu yang tidak dapat dilihat dan perkara-perkara ghaib ini telah diberitahu oleh oleh Allah dan Rasul-Nya kepada kita. Jin dan syaitan merupakan makhluk ghaib yang sering dikaitkan dengan kisah-kisah seram. Sememangnya jin dan syaitan ini telah wujud sebelum diciptakan manusia lagi. Bangsa jin ini telah diciptakan daripada api, seperti yang dinyatakan di dalam Surah Al-Rahman ayat 15.

RM48.00

- +
Aqidah Tahawiyyah

Kitab ‘Aqīdah al-Ṭaḥāwiyyah ini adalah sebuah kitab matan akidah Ahl al-Sunnah wa al-Jamā‘ah yang dikarang oleh Imām Abū Ja‘far al-Ṭaḥāwī rahimahullāh dan disertakan dengan syarahan serta ulasan oleh Syaikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī rahimahullāh. Ini merupakan kitab permulaan yang sangat baik bagi mereka yang ingin mendalami akidah Ahl al-Sunnah wa al-Jamā‘ah.

RM45.00

- +
3 Asas Akidah Islam

Salasatul Usul (tiga landasan utama) merupakan salah satu risalah karya Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab rahimahullah yang tersebar luas di kalangan kaum muslimin. Risalah ini mengandungi pelajaran-pelajaran yang sangat penting dan mendasar demi terwujudnya peribadi muslim yang mentauhidkan Allah dalam segala sisi kehidupannya. Risalah ringkas kemudiannya disyarahkan oleh pelbagai ulama dalam pelbagai lapisan ilmu pendidikan telah dibuat. Salah satu daripadanya ialah buku yang ada di tangan anda ini. Buku ini adalah ulasan lengkap bagi Usul Salasah yang disyarahkan oleh Syaikh Ibn Uthaimin rahimahullah. Semoga dengan penerbitan karya terjemahan ini, umat Islam khususnya di Malaysia akan lebih peka dengan urusan akidah.

RM50.00

- +
Kisah Para Nabi

Para Nabi adalah sebaik-baik makhluk yang dipilih oleh Allah SWT. Justeru kisah mereka dipenuhi dengan kebaikan yang banyak. Dengan mengetahui kisah-kisah mereka mendekatkan umat Islam kepada contoh terbaik yang sentiasa berada di bawah bimbingan dan petunjuk daripada Allah SWT.

 

RM30.00

- +
Anak Kunci Syurga

Anak Kunci Syurga adalah kitab kecil yang membincangkan tentang akidah Islam, perbincangan tentang fikah asas Islam mengikut Mazhab Syafie, dan juga akhlak. Dalam edisi ini, Dato Dr Abdul Basit turut memasukkan semakan serta penerangan beliau. 

RM25.00  RM23.75

- +
© 2020 Darulkitab is wholly owned by DKBooks Resources. All Rights Reserved. Designed By Abu Nu'man

My Cart