Search Result

Show:
Sort By:
Ensiklopedi Adab Islam

Seluruh syariat Islam, baik yang hukumnya wajib, sunnah, mustahab, maupun mubah baik yang berhubungan secara vertikal, antara hamba dengan Penciptanya, maupun secara horizontal, antar sesama hamba, berfungsi untuk menjaga hubungan baik dengan Pencipta dan dengan sesama mereka secara beradab. Apabila seorang hamba telah memberikan hak-hak dan melaksanakan kewajiban-kewajiban kepada Penciptanya dan kepada sesama hamba, berarti dia tergolong hamba yang beradab. Sebaliknya, apabila dia tidak melaksanakan hal-hal tersebut, maka dia digolongkan ke dalam golongan hamba yang tidak beradab. Semua itu telah diatur sedemikian rupa oleh syari'at Islam.

RM150.00

Hanya Untukmu Anakku

Pengarang: Ibnu Qayyim al-Jauziyyah
Penerbit: Pustaka Imam asy-Syafi'i

(Terjemahan kitab Tuhfah al-Maudud bi Ahkam al-Maulud, karya Imam Ibn al-Qayyim)
 

RM75.00

Talbis Iblis

Talbis Iblis, Tipu Muslihat dan Perangkap Iblis Dalam Menjerumuskan Manusia Ke Jurang Kehancuran
Karya: Ibnul Jauzi
Tahqiq & Seleksi Naskah: Syaikh Ali Hasan al-Halabi

Sebuah karya klasik oleh Imam Ibnul Jauzi rahimahullah yang mendapat pujian dan kritikan sejak zaman berzaman, dalam menghuraikan belitan dan tipu daya iblis terhadap bermacam-macam golongan beragama samada orang awam, penuntut ilmu, alim ulama, ahli ibadat, pemerintah dan sebagainya, dengan pemerhatian yang sangat halus dan tajam dalam membongkar bagaimanakah Iblis menipudaya golongan-golongan yang meremehkan sunnah dan melebihkan bid’ah. Yang menariknya, pencerapan pengarang di zamannya masih kekal relevan, hanya sahaja pelaku dan skripnya yang berbeza, namun berada dalam pelbagai rupa dan wajah pada hari ini.

RM74.00

Syarah Umdatul Ahkam

Karya : Sheikh Abdurrahman Nashir As-Sa'di rahimahullah.

Kitab Umdatul Ahkam karya Imam Abdul Ghani al-Maqdisi adalah di antara kitab rujukan asas pengajian hadith, yang mengumpulkan hadith-hadith hukum yang dipilih dari Sahih al-Bukhari & Sahih Muslim. Salah satu syarah dan huraian kepada kitab ini termasuklah daripada Sheikh Sa'di rahimahullah yang juga dikenali dengan kaedah huraiannya yang padat namun tidak sukar difahami, sebagaimana dapat dilihat menerusi kitab tafsir beliau sendiri.

RM105.00

Koleksi Khutbah

Bagi melaksanakan pelbagai perintah Allah di atas muka bumi ini, khutbah Jumaat memainkan peranan penting sebagai peringatan mingguan agar ibadah-ibadah yang dilaksanakanoleh umat islam berlandaskan ajaran Islam yang sebenar mengikut Al-Quran dan As-Sunnah.

Pengarang : Dr.Aidh Abdullah Al-Qarni
Diterjemahkan Oleh : IMKM (Ikatan Mahasiswa Kepri Malaysia)

RM70.00

Haji & Umrah Wanita

Buku ini merupakan sebuah rujukan yang amat sesuai untuk kaum Hawa dalam menyiapkan diri untuk menunaikan ibadah Haji dan Umrah. Berbeza daripada kebanyakan buku persediaan atau rujukan ibadah Haji dan Umrah yang sedia ada, buku ini memasukkan bab-bab pengkhususan untuk bakal jemaah Haji dan Umrah wanita. Disampaikan apa yang dibolehkan dan dilarang bagi jemaah wanita khususnya, selain itu juga ditambahkan dengan kedudukan mereka yang dimuliakan di sisi Allah. 

 

RM45.00

Misteri Penjelmaan Syaitan

Syaitan tidak selalu datang kepada manusia melalui bisikan-bisikan semata, tetapi juga dengan cara menjelma di dalam bentuk manusia atau hanya dengan memperdengarkan suara-suara sementara manusia tidak boleh melihat kewujudannya. Ia juga sering menjelma dalam pelbagai bentuk yang aneh di mana pada suatu saat ia boleh datang kepada manusia dan mengenalkan diri kepada mereka sebagai golongan jin manakala pada waktu lain ia mengenalkan dirinya sebagai rijalul ghaib (manusia ghaib) atau mengaku sebagai makhluk yang berasal dari alam bunian.

RM36.00

60 Nasihat Didik Anak

Mengajar anak bermula sejak mereka lahir di dalam kehidupan ini. Diperintahkan kepada kedua ibubapa untuk memperdengarkan kepada bayinya kalimat yang boleh mengusir syaitan daripada dirinya atau kalimat yang baik. Di dalam hadis sahih, diriwayatkan daripada Abu Rafi’ bahawa Nabi SAW mengumandangkan azan pada telinga Hasan Bin Ali semasa lahir. Kalimat azan dianggap sebagai kalimat terbaik yang patut didengar oleh telinga bayi. Oleh sebab itu, disarankan buat pertama kali dan sebelum segalanya agar diperdengarkan kepadanya kalimat zikir yang dapat mengusir syaitan.

RM22.00

Tinggalkan Dunia

   Kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan gurau-senda, perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlumba dalam mencari harta kekayaan dan anak keturunan. Setiap muslim mesti berwaspada, jangan sampai di dalam hatinya timbul cinta kepada dunia.

RM32.00

Alam Roh

Ibnu Qayyim al-Jauziah adalah satu nama yang tidak asing lagi dalam dunia keilmuan Islam. Tokoh yang dilahirkan di bumi Damsyik, Syria ini telah banyak menyumbang idea dan pemikirannya melalui buku-bukunya yang masyhur yang telah ditulis sepanjang hayatnya. Antara buku-bukunya yang telah tersebar luar seantero dunia adalah at-Tibyan fi Aqsamil Quran, Zaadul Ma'ad fi Hadyi Khaki! ?bad, Tuhfatu! Maudud bi Ahkamiil Maulud, Raudhatul Muhibbin wa Nuzhatul Musyaqqin dan banyak lagi. Antara karya beliau yang lain yang sangat ghairah untuk dibaca oleh kita semua adalah Roh.

RM50.00

Hubungi Kami

Hubungi Kami
+6013-952 6200 | sales(a)darulkitab.com.my
2017-2020 © Darulkitab.com.my. Hak Cipta Terpelihara. Dimiliki oleh DKbooks Enterprise ( CA0280012-V)