
Antara ilmu yang paling berkesan bagi merungkaikan panduan Al-Quran adalah ilmu tafsir Al-Quran. Ilmu ini adalah ilmu yang mengkaji tentang Al-Quran daripada segi menghuraikan dalil-dalil serta memahami kandungannya bersesuaian dengan kehendak Allah dan tahap kemampuan akal manusia.
Al-Quran adalah sebuah kitab yang hidup dan mampu menghidupkan jiwa manusia. Jikalau air mampu menghidupkan bumi yang mati, Al-Quran juga seumpama air hidayah yang menghidupkan jiwa yang mati.
Penulis berharap, perkongsian ringkas daripada buku ini membantu menimbulkan rasa cinta, kagum, dan syukur para pembaca dengan nikmat Al-Quran. Sekiranya ditawarkan harta seluas alam semesta sekalipun sebagai tukaran kepada nikmat Al-Quran yang sudah penulis kecapi selama hampir 40 tahun menumpang di bumi Allah ini, penulis pasti mengatakan, nilai Al-Quran itu tiada tandingan.
Hubungi Kami
+6013-952 6200 | sales(a)darulkitab.com.my
2017-2020 © Darulkitab.com.my. Hak Cipta Terpelihara. Dimiliki oleh DKbooks Enterprise ( CA0280012-V)