Islam Umum & Politik

Show:
Sort By:
Syarah Al-Kabair: Penjelasan Kitab Dosa-Dosa Besar

Penjelasan Kitab Dosa-Dosa Besar. Berdasarkan Hadis-Hadis Sahih~Buku ini berisi kumpulan 76 jenis dosa besar yang bersumber dari keterangan dalam Al-Quran dan Al-Hadis. Al-Kabair adalah kitab monumental karya Iman Az-Zahabi yang telah lama hilang.

RM35.00

- +
Ensiklopedi Akhir Zaman

Menakjubkan!!
Ternyata banyak sekali nubuwat Rasulullah yang telah terjadi di sepanjang Abad-21. Berbagai kejadian besar itu semakin menambah daftar bukti atas kebenaran nubuwat baginda Nabi S.a.w.

RM130.00

- +
Zuhud & Kelembutan Hati

Karya: Dr Ahmad Farid.

Persiapan seorang hamba bagi meraih hati yang sejahtera (qalbun salim), memerlukan usaha dan kesungguhan agar dirinya terhindar dari kekotoran zahir mahupun batin. Begitu banyak didapati penulisan yang berkisar tentang tema penyucian hati, namun sayangnya tidak berdasarkan jalan yang ditunjukkan oleh insan agung yang memiliki kesempurnaan akhlak yang mulia, iaitulah Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam.

RM70.00

- +
Kitab Al-Umm 16 Jilid

Sebuah kitab rujukan utama bagi mahzab Syafi'i, yang menjadi pegangan majoriti masyarakat di nusantara ini. Berbanding terjemahan-terjemahan lain yang terdahulu, edisi terjemahan kali ini dilengkapi semakan & ulasan peneliti (Dr Rif'at), membolehkan setiap dalil yang dibentangkan dalam kitab ini diteliti & diketahui kesahihan riwayat-riwayat yang menjadi asas perbincangan setiap hukum-hukum fiqh. Miliki ia sebagai rujukan ibadah sepanjang perjalanan menuju ke negeri Akhirat.

RM1,500.00

- +
200 Soal Jawab Iman

Karya: Dr Muhammad Na’im Yasin.

Iman itu mencakup ucapan dan perbuatan, ucapan hati dan lisan, amal hati dan amal lisan, serta amal anggota tubuh. Iman bertambah dengan ketaatan dan berkurang dengan kemaksiatan.

Iman adalah beriman kepada Allah, malaikat-malaikatnya, kitab-kitabnya, Rasul-Rasulnya, hari akhir dan beriman kepada taqdir yang baik dan yang buruk. Perbahasan berkaitan keimanan dalam bentuk soalan dan jawapan, disarikan oleh Dr Muhammad Na’im Yasin dari kitab karangan beliau sendiri, ‘Al-Iman; Arqanuhu, Haqiqatuhu, Nawaqidhuhu’. Pada akhir setiap bab, perbahasan diringkaskan dalam bentuk jadual bagi memudahkan kefahaman.

RM38.00

- +
Talbis Iblis

Talbis Iblis, Tipu Muslihat dan Perangkap Iblis Dalam Menjerumuskan Manusia Ke Jurang Kehancuran
Karya: Ibnul Jauzi
Tahqiq & Seleksi Naskah: Syaikh Ali Hasan al-Halabi

Sebuah karya klasik oleh Imam Ibnul Jauzi rahimahullah yang mendapat pujian dan kritikan sejak zaman berzaman, dalam menghuraikan belitan dan tipu daya iblis terhadap bermacam-macam golongan beragama samada orang awam, penuntut ilmu, alim ulama, ahli ibadat, pemerintah dan sebagainya, dengan pemerhatian yang sangat halus dan tajam dalam membongkar bagaimanakah Iblis menipudaya golongan-golongan yang meremehkan sunnah dan melebihkan bid’ah. Yang menariknya, pencerapan pengarang di zamannya masih kekal relevan, hanya sahaja pelaku dan skripnya yang berbeza, namun berada dalam pelbagai rupa dan wajah pada hari ini.

RM74.00

- +
Jangan Kata

Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia mengucapkan kata yang baik dan kalau tidak, harus diam." [HR Bukhari dan Muslim]

Jadi, hidup ini hendaklah diisi dengan kebaikan dan sumbangan kepada orang lain. Jauhi fitnah dan jangan kata apa yang orang tak kata. 

RM15.00

- +
Amalan Penghapus Dosa

Kita semua adalah pendosa yang amat memerlukan pengampunan dari Allah Subhanahu wata'ala. Di sana juga terdapat beratus-ratus amalan yang boleh menjadi sebab kepada terhapusnya dosa-dosa kita, namun kebanyakannya tidak kita ketahui ataupun disebabkan kerana bercampurnya amalan-amalan yang sahih dan tidak sahih.

Pengarang telah sedaya upaya membentangkan sebab-sebab yang memudahkan pembaca mengetahui amalan-amalan penghapus dosa yang sahih, dan menjelaskan lebih 300 riwayat yang tidak sahih berkaitan penghapusan dosa. Semoga kita semua termasuk di kalangan mereka yang kelak bertemu Allah dalam keadaan mendapat pengampunan atas dosa-sosa selama ini.

439 mukasurat

RM49.00

- +
Perangkap Iblis

DI SAAT SUASANA BERAGAMA HARI INI YANG PENUH KESAMARAN DAN KEKELIRUAN. APA YANG PERLU DILAKUKAN?

Bab yang paling panjang dihuraikan oleh Imam Ibnul Jauzi di dalam karyanya berjudul 'Talbis Iblis' adalah tipu daya terhadap kaum sufi, sehingga mencapai hampir separuh daripada kitab ini. Apakah sebabnya?

Antara penyebab yang menjadi latar belakang penjelasan yang begitu pahit untuk ditelan oleh sebahagian pihak, adalah kerana suasana pada zaman beliau yang telah muncul begitu banyak aliran sufi sehingga menjadi punca berkembangnya bermacam-macam kepercayaan khurafat dan tahayul di dalam masyarakat Islam, dan tidak kurang juga yang mencarik kemurnian tauhid dengan tersebarnya kepercayaan-kepercayaan pelik yang mengundang syirik tanpa disedari.

RM69.00

- +
Misteri Alam Barzakh

Setiap manusia yang bernyawa pasti akan mengalami kematian. Entah bila, dimana, dan juga bagaimana cara kematian akan menjemputnya. Bukan ketiganya yang menjadi persoalan. Persoalan sebenarnya pada kehidupan setelahnya yang akan dihadapi oleh setiap manusia. Sebab hakikat kehidupan dan kematian adalah ujian untuk menentukan siapa yang terbaik amal dan bekalnya dalam menghadap Allah ta'ala..

RM26.00

- +
© 2020 Darulkitab is wholly owned by DKBooks Resources. All Rights Reserved. Designed By Abu Nu'man

My Cart