
Ketika kami menulis buku 'How To Talk So Kids Will Listen & Listen So Kids Will Talk', kami menghadapi beberapa masalah. Terlalu banyak kisah berkaitan pergaduhan adik-beradik. Kami baru sahaja menulis separuh jalan, tetapi bab itu sahaja sudah mencapai lebih satu ratus muka surat.
Kami berusaha untuk memotong, menyunting, dan membuang bahagian yang dirasakan tidak perlu supaya ketebalannya seimbang dengan bab lain. Namun, semakin banyak bahagian yang dipotong, kami menjadi semakin tidak puas hati.
Kebenaran itu mula menghantui kami.
Bagi membincangkan topik ini dengan lebih lanjut, kami perlu menghasilkan satu buku khusus tentangnya. Apabila keputusan itu sudah diambil, perancangan lain semakin jelas. Kami akan meletakkan maklumat yang mencukupi tentang cara menangani konflik dalam buku How To Talk... bagi membantu para ibu bapa di luar sana. Tetapi, dalam buku mengenai adik-beradik ini pula, kami akan kongsi semua perkara berkaitan adik-beradik.
Hubungi Kami
+6013-952 6200 | sales(a)darulkitab.com.my
2017-2020 © Darulkitab.com.my. Hak Cipta Terpelihara. Dimiliki oleh DKbooks Enterprise ( CA0280012-V)