Doa & Zikir

Show:
Sort By:
Zuhud & Kelembutan Hati

Karya: Dr Ahmad Farid.

Persiapan seorang hamba bagi meraih hati yang sejahtera (qalbun salim), memerlukan usaha dan kesungguhan agar dirinya terhindar dari kekotoran zahir mahupun batin. Begitu banyak didapati penulisan yang berkisar tentang tema penyucian hati, namun sayangnya tidak berdasarkan jalan yang ditunjukkan oleh insan agung yang memiliki kesempurnaan akhlak yang mulia, iaitulah Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam.

RM70.00

Talbis Iblis

Talbis Iblis, Tipu Muslihat dan Perangkap Iblis Dalam Menjerumuskan Manusia Ke Jurang Kehancuran
Karya: Ibnul Jauzi
Tahqiq & Seleksi Naskah: Syaikh Ali Hasan al-Halabi

Sebuah karya klasik oleh Imam Ibnul Jauzi rahimahullah yang mendapat pujian dan kritikan sejak zaman berzaman, dalam menghuraikan belitan dan tipu daya iblis terhadap bermacam-macam golongan beragama samada orang awam, penuntut ilmu, alim ulama, ahli ibadat, pemerintah dan sebagainya, dengan pemerhatian yang sangat halus dan tajam dalam membongkar bagaimanakah Iblis menipudaya golongan-golongan yang meremehkan sunnah dan melebihkan bid’ah. Yang menariknya, pencerapan pengarang di zamannya masih kekal relevan, hanya sahaja pelaku dan skripnya yang berbeza, namun berada dalam pelbagai rupa dan wajah pada hari ini.

RM74.00

Koleksi Khutbah

Bagi melaksanakan pelbagai perintah Allah di atas muka bumi ini, khutbah Jumaat memainkan peranan penting sebagai peringatan mingguan agar ibadah-ibadah yang dilaksanakanoleh umat islam berlandaskan ajaran Islam yang sebenar mengikut Al-Quran dan As-Sunnah.

Pengarang : Dr.Aidh Abdullah Al-Qarni
Diterjemahkan Oleh : IMKM (Ikatan Mahasiswa Kepri Malaysia)

RM70.00

Misteri Penjelmaan Syaitan

Syaitan tidak selalu datang kepada manusia melalui bisikan-bisikan semata, tetapi juga dengan cara menjelma di dalam bentuk manusia atau hanya dengan memperdengarkan suara-suara sementara manusia tidak boleh melihat kewujudannya. Ia juga sering menjelma dalam pelbagai bentuk yang aneh di mana pada suatu saat ia boleh datang kepada manusia dan mengenalkan diri kepada mereka sebagai golongan jin manakala pada waktu lain ia mengenalkan dirinya sebagai rijalul ghaib (manusia ghaib) atau mengaku sebagai makhluk yang berasal dari alam bunian.

RM36.00

Tinggalkan Dunia

   Kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan gurau-senda, perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlumba dalam mencari harta kekayaan dan anak keturunan. Setiap muslim mesti berwaspada, jangan sampai di dalam hatinya timbul cinta kepada dunia.

RM32.00

24 Jam Puasa Nabi

Menjadikan Rasulullah saw sebagai teladan dalam ibadah merupakan satu tuntutan. Meneladani Rasulullah merupakan bukti rasa cinta dan sayang manusia kepada Rasulullah. Inilah sebenar-benar manifestasi cinta kepada Nabi saw.

RM10.00

Himpunan Wirid & Doa Selepas Sembahyang

Allah memanggil orang yang berzikir mengingati Allah sebagai Ulil Albab iaitu orang yang berfikir. Mereka adalah orang yang mengingati Allah setiap masa terutamanya setiap selepas solat fardhu lima kali sehari. Orang yang sentiasa mengingati Allah sentiasa berada dalam rahmat Allah dan Allah selalu mengingatinya.

 

RM6.00

69 Doa Dan Zikir Sahih

Buku yang mempunyai himpunan doa dan zikir terpilih daripada Rasulullah. Pastinya membantu anda ke jalan yang lebih baik serta membimbing ke arah yang benar.

RM5.00

 

Hubungi Kami

Hubungi Kami
+6013-952 6200 | sales(a)darulkitab.com.my
2017-2020 © Darulkitab.com.my. Hak Cipta Terpelihara. Dimiliki oleh DKbooks Enterprise ( CA0280012-V)