Dakwah

Show:
Sort By:
Menolak Celaan Terhadap Ulama

Sebuah lagi terjemahan bermutu karya tempatan terhadap sebuah risalah ringkas dan padat bertajuk 'Raf'ul Malam 'an al-A'immah al-A'lam yang disusun oleh Imam Ibnu Taimiyyah rahimahullah, seorang ulama besar yang dicintai dan dikagumi keilmuannya dalam memberikan pedoman bagi mengharmonikan peselisihan dan perbalahan yang timbul akibat ketidakfahaman umat Islam ketika berhadapan dengan perbezaan pendapat.

RM15.00

- +
Fiqih Dakwah

Sebuah karya biografi para isteri Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam yang bukan sekadar menceritakan sejarah kehidupan mereka sebagaimana yang tercatat di pelbagai riwayat, tetapi turut memaparkan inspirasi dakwah, tarbiyah, manhaj serta pengaruh mereka dalam perkembangan Islam semenjak fasa kehidupan Rasulullah sehinggalah selepas kewafatan Baginda.

RM70.00

- +
6 Landasan Dakwah

Sesungguhnya ajaran Islam yang terbaik adalah dengan cara mengikuti jejak generasi salafus soleh (sahabat, tabi'in, tabi'ut tabi'in) yang telah mendahului kita, serta mendapat pengiktirafan dalam al-Qur'an serta pujian dari Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam. Yang tinggal hanyalah untuk membawa kefahaman yang asli ini agar dapat difahami oleh umat Islam yang berdepan dengan kekeliruan dalam menuruti jalan beragama yang sebenar, kesan kerosakan yang dilakukan oleh mereka yang mendahulukan hawa nafsu berbanding akal yang sihat, logik berbanding wahyu, sehingga menyelisihi kefahaman ahli sunnah wal jama'ah.

Maka buku ini yang disusun menggunakan gaya bahasa yang mudah dan halus, berusaha menerangkan 6 landasan utama dalam memahami manhaj (kaedah) beragama yang benar ini, iaitu prinsip-prinsip dasar manhaj salaf yang menjamin jalan keselamatan di dunia dan di akhirat serta pintu kebahagiaan dan keredhaan di sisi Allah Subhanahu wata'ala. Inilah jalannya, dan berbahagialah kepada mereka yang sama-sama berdakwah mengajak manusia untuk memahami, mengenali, sehingga menempuh jalan ini dan konsisten di atasnya.

RM26.00

- +
Sahih Fadhail Amal

Buku Shahih Fadhail A’mal 3 Jilid ini sangat tepat bagi kaum muslimin yang memiliki antusias dan semangat dalam melakukan amal kebajikan, mereka memiliki sikap ketika ada anjuran untuk melakukan suatu amalan, mereka terdepan dalam melaksanakannya dengan penuh semangat.

RM170.00

- +
Dakwah Tanpa Jubah

“Dakwah tanpa Jubah” ialah sebuah buku yang membicarakan isi-isu dakwah dan juga gerak kerja dakwah. Ia lebih merujuk kepada personaliti pendakwah yang perlu wujud di dalam karakter setiap muslim.

RM30.00

- +
Diskusi Isu Semasa

Pencerahan mengenai isu-isu aqidah yang wujud dalam masyarakat islam khususnya di Malaysia perlu di beri keutamaan bagi memberi dan meningkatkan kefahaman kepada mereka. Buku ini memberi kupasan yang komprehensif mengenai isu-isu semasa aqidah merangkumi ajaran sesat, Islam liberal, Pluralisme agama, bid'ah, anti mazhab dan sebagainya.

RM30.00

- +
Sahih Sirah Nabawiah

Kitab Sirah karangan Dr. Akram Dhiya' Al Umuri ini ialah Sirah Nabawiyyah, rakaman nyata tentang perjalanan hidup sayyidul basyar (penghulu manusia), Rasul Rabbul 'ibaad (utusan Allah), iaitu Muhammad -Sholallahu Alaihi Wassalam- yang telah dipilih Allah swt sebagai pengembang risalah ilahiah terakhir, yang kekal untuk selama-lamanya. Tujuannya tidak lain tidak bukan adalah untuk memberikan kunci-kunci kebahagiaan kepada ummat manusia dan menempatkan mereka pada darjat yang tinggi. 

RM97.00

- +
Kerana Dakwah Bukan Sekadar Kata-Kata

Nukilan ini adalah hasil ilmu, pengalaman dan pengamatan saya kepada senario dakwah dalam kehidupan kita bermasyarakat di Malaysia. Begitu banyak individu dan kumpulan yang komited kepada usaha dakwah dalam pelbagai jalur dan wadah. Masing-masing berusaha atas kapasiti dan keupayaan yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. kepada mereka bagi membawa mesej rahmatan lil Alamin.

RM22.00

- +
© 2020 Darulkitab is wholly owned by DKBooks Resources. All Rights Reserved. Designed By Abu Nu'man

My Cart