Mengapa perlu berda'wah di jepun?


  • Hanya sekitar 0.01% masyarakat Jepun adalah Muslim. Daripada 126.8juta (anggaran 2017) penduduk Jepun, 99.99% daripada mereka belum Muslim. Jepun adalah antara negara yang maju yang jumlah Muslimnya adalah yang paling rendah di dunia.
  • Ada kebebasan beragama. Rumah ibadat boleh di buka di mana-mana tanpa masalah.
  • Kekurangan pusat da'wah.
  • Kurangnya warga muslim yang fasih berbahasa Jepun minat untuk berda'wah dan kurangnya juga warga jepun muslim yang minat berdawah


Kyoto Muslim Community (KMC) adalah organisasi berdaftar di Jepun 'Ippan Shadan Houjin' (一般社団法人), dan bercadang untuk membina masjid. Pada tahun 2019, kontrak dibuat dengan syarikat hartanah Jepun di mana kos menjangkau dalam 59 juta yen (RM2.39 juta). KMC sudahpun membayar 10% dari jumlah kos kepada pemilik tanah dan 50% kepada syarikat hartanah. Bakinya dipersetujui untuk dibayar selewat-lewatnya 30 Jun 2020. Seandainya lambat, ada kemungkinan perlu membayar penalti kerana hilang hak kontrak. Buat masa sekarang, 25% dari jumlah sumbangan telah diperolehi di Jepun sendiri. Lagi 75% memerlukan bantuan kalian supaya lagi ramai orang Jepun mendapat berita Islam

𝐊𝐥𝐢𝐤 𝐩𝐚𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐢𝐧𝐢 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐚𝐭𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐨𝐤𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧 : https://www.launchgood.com/Kyoto_Mosque

Ia supaya senang untuk menguruskan perpindahan duit ke dalam akaun masjid Kyoto di Jepun.Da'wah Islam di Bumi Matahari Terbit (DidBMT) ialah satu pertubuhan yang dibuat bagi mendokong usaha dakwah:- Da'wah Islam di Bumi Matahari Terbit oleh Zulkarnain Hasan Basri & Sahabat dan- Japan Da'wah Centre in Osaka

Lokasi: 66 Tanaka Minamiōkubochō, Sakyō-ku, Kyoto, 606-8214 https://goo.gl/maps/etjbHPcvtPgBSjpD7

وَمَا أَنْفَقْتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ ۖ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ

"Dan apa saja yang kamu infakkan, Allah akan menggantinya dan Dia-lah Pemberi rizki yang terbaik" [Saba'/34 : 39]

Di Jepun, informasi mengenai Islam sangat sedikit. Lebih dari 99.9% orang Jepun bukan beragama Islam dan mereka tidak tahu mengenai info Islam yang sebenar. Pada waktu sekarang KMC sedang mencari tempat yang sesuai bagi membuatkan mereka lebih tahu mengenai Islam. KMC sendiri tidak dapat melakukan semua. Oleh itu, memerlukan dokongan daripada orang Islam di banyak negara bagi membantu kita semua sendiri, seterusnya dapat membina jalan ke akhirat yang lebih baik.

Mari kita sama-sama membina masjid ini.Mohon lebih ramai orang share perkara ini.Bagi yang ingin melihat senarai lain tempat-tempat derma, boleh lawat Facebook group ini:https://www.facebook.com/groups/1573835872790191/

𝐁𝐚𝐠𝐢 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐢𝐧𝐠𝐢𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐮𝐚𝐭 𝐭𝐫𝐚𝐧𝐬𝐚𝐤𝐬𝐢 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐤𝐚𝐮𝐧 𝐝𝐢 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚, 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐠𝐮𝐧𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐢𝐧𝐢:

CIMB Account Bank Da'wah Islam di Bumi Matahari Terbit (DidBMT)
Nama: DIDBMT ENTERPRISE(No pendaftaran:002917724-D)
Current Account : 8603519647

𝐏𝐚𝐬𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐥𝐢𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐮𝐥𝐢𝐬 𝐧𝐨𝐭𝐚 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 '𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝 𝐤𝐲𝐨𝐭𝐨'.

https://www.zulkarnain-hb.com/