Penyakit Was-Was

Dalam badan kita ada sesuatu yang disebut sebagai jiwa. Dan ia menjadi sumbu kepada kehidupan seseorang. Justeru nilai kehidupan ini adalah diukur berdasarkan kekuatan jiwa seseorang seperti yang pernah disebut oleh baginda Nabi ﷺ;

'Bukanlah orang yang kuat atau hebat itu mereka yang menang dalam pergaduhan tetapi orang yang kuat atau hebat itu ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah.'

[HR. Al-Bukhari dan Muslim]

Jiwa yang sakit perlu dirawat, oleh itu buku ini ditulis sebagai panduan dalam merawat dan membantu menyembuhkan jiwa-jiwa yang sakit akibat gangguan syaitan dan tipu-dayanya. 

Apa itu was-was sebenarnya ?

Perasaan ragu-ragu (tidak yakin) atau was-was merupakan satu fenomena yang melanda kebanyakan manusia. Individu yang diserang penyakit ragu-ragu ini selalunya akan menghadapi kesukaran dalam menjalani kehidupan harian.

Perasaan was-was ini amat bahaya ia bukan sahaja akan menyukarkan seseorang itu dalam aktiviti kehidupan sehariannya malah sampai satu tahap boleh mengakibatkan hati tidak tenteram.

Sebagai orang Islam ia mengganggu tumpuan dalam aspek keimanan dan amal ibadah seperti solat dan kepercayaan kepada Allah swt.

Ada sejenis jin yang bernama Al-Maraddah yang bertugas hanya untuk membisik di hati dan mengganggu perasaan agar manusia ragu-ragu atas was-was. Jenis jin Al-Maraddah ini membisikkan perkara bukan-bukan supaya timbul kecelaruan di dalam hati, malah kadangkala mempengaruhi keputusan akal. Ia membuatkan suatu perasaan tidak sempurna dan menghilangkan keyakinan terhadap ibadat yang dilakukan.

"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia, yang menguasai sekalian manusia, Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke Dalam hati manusia, (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia". – Surah An-Nas : 1-6

Seorang sahabat Rasulallah Utsman bin Abil 'Ash Rasulallah pernah ditimpa gangguan was-was. Ia telah pergi kepada Rasulullah saw dan mengadu kepada Baginda :

"Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan telah hadir dalam shalatku dan membuat bacaanku terganggu", Rasulullah menjawab, :Itulah syaitan yang disebut dengan 'Khinzib'. Apabila kamu merasakan kehadirannya, maka meludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah.' Aku pun melakukan hal itu, dan Allah menghilangkan gangguan itu dariku." – HR. Muslim

Penyakit was-was ini boleh menjadi satu masalah yang kronik iaitu sehingga ke peringkat di mana pesakit berasa putus asa dalam menmenjauhi daripada amalan ibadat dan meninggalkan ketaatan dalam beribadat.


Bahaya Was-Was

1) Terganggu Aktiviti Harian.

Seseorang yang terkena penyakit was-was biasanya akan menganggu aktiviti-aktiviti mereka apa tidaknya setiap perbuatan mereka seringkali dilakukan secara berulang-ulang kali sehingga terpaksa menggunakan lebih masa dalam melaksanakan sesuatu perkara.

2) Hidup jadi tak tenang

Rasa resah dan gelisah akan menghantui hidup pesakit penyakit was-was kerana dirasakan setiap tindak tanduknya tidak sempurna. Akhirnya menghadapi tekanan perasaan.

3) Ganggu ketenteraman orang lain

Bila semasa solat berjemaah pesakit was-was ini akan berkali-kali melakukan takbir maka akan menganggu tumpuan makmun lain yang berdekatan.

4) Meninggalkan sunnah Rasul dan mengikuti was-was syaitan

Inilah yang sangat ditakuti kerana apabila penyakit ini menyerang sehingga boleh menyebabkan pembaziran, membuang masa dan melakukan perkara yang merugikan.

5) Merosak akidah

Ini yang paling ditakuti. Was-was yang boleh membawa kepada meragukan keesaan Allah SWT.

"Syaitan akan selalu mendatangi salah seorang dari kalian seraya bertanya, 'Siapa yang menciptakan ini?' 'Siapa yang menciptakan ini?' sampai pada pertanyaan: 'Siapa yang menciptakan Allah?' Barang siapa yang mendapati dalam dirinya pertanyaan tersebut, maka berlindunglah kepada Allah (membaca isti'adzah), dan hendaklah menghentikannya (mengakhirinya)'. " (HR. Bukhari).

0
Kematian yang memutuskan
Darulkitab & Keusahawanan Sosial

By accepting you will be accessing a service provided by a third-party external to https://www.darulkitab.com.my/

© 2020 Darulkitab is wholly owned by DKBooks Resources. All Rights Reserved. Designed By Abu Nu'man

My Cart