Kompas 114

SINOPSIS Buku Kompas 114 - "Bantuan Pengembaraan Anda Menghayati Al-Quran" ini banyak membantu memberi gambaran atau peta minda mengenai satu-satu surah yang dibaca sama ada secara sendiri atau bersama dengan pelajar. Perlu digandingkan dengan poin sejarah Islam semasa ayat-ayat al-Quran diturunkan untuk memberikan kesan yang mendalam semasa m...
Continue reading
0
  642 Hits
642 Hits

Kematian yang memutuskan

girl-dead-badin-5d152b5e94f707c7f2aab6d27993b695_600x400 Kematian
Penat musafir masih terasa.Badan baru direbah untuk menghilangkan penat.Tiba2 mendapat pengkhabaran satu kematian. Benar, Kematian itu tak tunggu siapa2,tak diawal tak dilambat walau sesaat. Cukup waktu, kita akan dijemput.Soalnya apakah kita cukup bersedia bertemuNya..Ia memutuskan segala nikmat dunia, Adik beradik, anak isteri,kemewahan harta kec...
Continue reading
0
  390 Hits
390 Hits

Darulkitab & Keusahawanan Sosial

Darulkitab.com.my adalah online bookstore. Ia diwujudkan bagi memenuhi keperluan dan tuntutan dakwah untuk masyarakat dengan menerima pesanan online dari dalam negara dan juga dari serata dunia. Buku-buku yang disediakan adalah diantara buku-buku dan kitab terpilih, terbitan khas dan yang terjamin dari segi kandungan serta keaslian sumbernya. .Deng...
Continue reading
0
  293 Hits
293 Hits

Tentang Kami

 

Darulkitab.com.my adalah online bookstoreIa diwujudkan bagi memenuhi keperluan dan tuntutan dakwah untuk masyarakat  dengan menerima pesanan online dari dalam negara dan juga dari serata dunia. Buku-buku yang disediakan adalah diantara buku-buku dan kitab terpilih, terbitan khas dan yang terjamin dari segi kandungan serta keaslian sumbernya. .

Dengan adanya Darulkitab peminat buku serta kitab agama , berpeluang dengan lebih mudah mendapatkannya. Bukan itu sahaja, DK juga membekalkan kitab-kitab untuk masjid, kuliah agama, institusi pendidikan tinggi, sekolah dan koperasi. Terima kasih kepada pelanggan-pelanggan yang selama ini menyokong kami.  Kami juga berharap usaha kita bersama dapat membantu untuk memperkasakan lagi ilmu agama yang sahih dan membentuk masyarakat yang berkualiti khususnya.

Darulkitab & Keusahawanan Sosial
Keusahawanan sosial adalah satu pendekatan inovatif ke arah transformasi sosial masyarakat. Menyahut seruan tersebut, Darulkitab hari ini mengambil inisiatif untuk berubah kearah model perniagaan SE ( Social Enterprise).
.
Bagaimana?
Mulai hari ni, setiap keuntungan yang diperolehi daripada Platform Darulkitab, 10% akan disalurkan kepada tabung Pembangunan masjid/surau.
.
Untuk Apa?
10% ini akan digunakan khas untuk membaikpulih pintu2 tandas,selak,hos,kepala paip yang telah rosak, penyangkut pakaian,di mana-mana Masjid/Surau yang memerlukan tanpa menunggu pihak pengurusan masjid/surau bertindak.

Semoga usaha ini dapat memberi keselesaan kepada semua jemaah, dan memberi saham akhirat kepada kami dan juga yang membeli.

Wassalam, Yang Benar,

Continue reading
0
  15339 Hits
15339 Hits

Infaq Tafsir

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah swt kerana memberikan kemudahan kepada kami pada hari ini untuk menunaikan amanah bagi menyampaikan infaq berupa satu set kitab tafsir Ibnu Kathir kepada sebuah maahad tahfiz di Pekan Pahang ini, iaitu Maahad Tahfiz Al-Quran Tok Montok. Sumbangan diterima oleh Ustaz Suryadi selaku tenaga pengajar di maahad.  Nama maahad diambil daripada Mufti Pahang Kedua iaitu Mufti Haji Osman bin Senik atau lebih dikenali dengan nama gelaran Tuan Haji Montok(1900). Tuan Mufti bukan sahaja bertugas sebagai mufti tetapi juga mengasaskan sebuah pondok pengajian di Kampung Ketapang Tengah dan juga pernah menulis menghasilkan beberapa buah kitab berjudul Majiatul Musolli yang mengenai perubatan dan risalah akidah.

Program Infaq "1 Madrasah 1 Tafsir" bertujuan mendedahkan para penghafal Al-Quran tentang isi kandungannya. Bagi pelajar yang menguasai bahasa Arab, ia tidak menjadi masalah besar untuk memahafi apa yang dihafal, namun bagi yang tidak, sedikit sebanyak tafsir ini dapat membantu pelajar dari memahami isi kandungan. Memahami atau tadabbur Al-Quran adalah lebih utama kerana itulah tujuan dan maksud ia diturunkan, iaitu untuk memberi panduan kepada manusia. Jika ia hanya dihafal tanpa dipraktikkan, nescaya amat besar kerugiannya. 

Justeru diharap infaq ini akan menjadi satu manfaat kepada penghuni madrasah ini, dan menjadi saham akhirat bagi yang menginfaqnya. Amin!

 

0
  923 Hits
923 Hits

Selamat Datang

Selamat datang ke kedai online Darulkitab.com.my. 

0
  207 Hits
207 Hits
© 2020 Darulkitab is wholly owned by DKBooks Resources. All Rights Reserved. Designed By Abu Nu'man

My Cart